KASIH DIPAUT


I made this widget at MyFlashFetish.com.

AL-QURAN

AS-SUNNAH

ZIKRULLAH

Zikrullah
PENDIDIK SEPENUH MASA
Guru merupakan satu istilah yang telah diberikan kepada satu golongan manusia pendidik hasil produk yang dikeluarkan sama ada dari institut perguruan mahupun institut pengajian tinggi awam atau swasta. Mereka dikeluarkan bagi menggalas tugas sebagai pendidik generasi baru yang semakin lama semakin bertambah. Oleh itu, tugas sebagai pendidik anak bangsa ini juga semakin lama semakin mencabar kerana sudah lumrah kehidupan manusia, ‘semakin ramai orang, semakin banyaklah ragam’.


guru tak kenal jenuh dalam mendidik anak didiknya...

Pada kaca mata masyarakat kini kebanyakannya, tugas sebagai seorang guru bukanlah sehebat tugas seorang arkitek, doktor, mahupun seorang profesor kerana jumlah gaji yang jauh berbeza. Bagi mereka, tugas guru adalah kerja yang mudah, tidak mengajarpun masih dibayar gaji. Mereka juga rata-ratanya menganggap tugas seorang guru adalah sebagai ‘pendidik sepenuh masa’ kepada generasi baru. Apabila berlaku sesuatu masalah, pasti guru yang akan dipersalahkan. Hal ini terbukti apabila masalah remaja yang timbul di sekolah, serta yang melibatkan pihak sekolah, keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja dan sebagainya akan dianggap berpunca daripada guru. Mereka menyalahkan 100% pihak guru kerana tidak menjalankan tugas dengan sempurna dalam mendidik anak-anak generasi baru ini.

Adakah golongan guru ini ‘pendidik sepenuh masa’? Persoalan ini timbul apabila masyarakat terutamanya ibu bapa ‘sibuk’ menunding jari ke arah guru apabila berlakunya masalah remaja. Mereka menuduh golongan guru tidak bertanggungjawab dan tidak pandai mengajar dan mendidik. Mereka juga menyatakan bahawa golongan guru kini langsung tidak berkualiti dan telah menyebabkan pelbagai masalah yang melibatkan remaja yang semakin berleluasa masa kini. Bukan iu sahaja, apabila guru menjatuhkan sebarang hukuman kepada pelajar yang bersalah, pasti ada ibu bapa yang cuba mempertahankan pelajar tersebut sehingga perkara yang sekecil semut dibesar-besarkan dengan aksi saman-menyaman dan naik turun mahkamah. Jika dulu pelajar yang takut hendak ke sekolah kerana guru yang garang, tetapi keadaan ini telah membuatkan golongan guru pula yang menjadi takut untuk ke sekolah kerana muridnya yang sudah pandai berkata see you in court. Adakah semua ini salah si ‘pendidik sepenuh masa’?


guru juga tidak ketinggalan dalam dunia fesyen masa kini...(gambar hiasan)

Perlu diingatkan di sini bahawa tugas seorang guru merupakan tugas yang paling sukar dilaksanakan berbanding tugas seorang profesor, doktor dan arkitek yang kononnya hebat di mata masyarakat kini. Menjadi seorang guru sebenarnya memerlukan tahap mental, fizikal, rohani dan jasmani yang kental dan kuat dalam menempuh ragam manusia yang bergelar pelajar yang kian pelbagai kini. Tugas seorang guru bukanlah hanya sebagai pendidik, malah kebajikan, kesihatan, tahap kecemerlangan pelajar juga kadangkala menjadi tugas guru untuk menanganinya. Hal ini kerana ibu bapa semakin ‘lepas tangan’ dalam menjalankan tanggungjawab mereka yang sebenarnya sebagai pendidik yang pertama kepada anak-anak mereka. Fungsi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga kian hilang matlamatnya dalam membentuk jalinan kerjasama antara guru dengan ibu dan bapa pelajar. Apabila pihak sekolah meminta pendapat atau cadangan dari ibu bapa, mulalah ibu bapa mengambil ‘kesempatan’ dengan meminta itu dan ini. Tetapi yang melaksanakannya tidak lain dan tidak bukan, guru jugalah jawapannya.

Jika dahulu guru dijadikan golongan bermartabat kerana kecerdikan dan keilmuan yang dimiliki oleh mereka, tetapi kini golongan ini semakin dicemuh dan dipandang rendah kerana tidak mempunyai kualiti yang boleh seiring dengan arus globalisasi yang kian mencabar kini. Jika dahulu, guru mendidik
dengan menggunakan rotan, tetapi kini guru mendidik dengan menggunakan ‘belaian manja’ kepada pelajar. Guru semakin lama semakin dicemuh, dihimpit dan diserang dengan pelbagai tohmahan dan ancaman dari pelbagai pihak. Hal ini sebenarnya merupakan salah satu punca kepada penurunan kualiti guru dalam bidang pendidikan.

K
eadaan seperti ini mungkin berlaku daripada sikap individualistik masyarakat yang semakin menebal dan ia semakin sukar ditangani. Sikap kejiranan juga kian
luntur sehinggakan kata-kata pujangga seperti ‘anak aku, anak engkau juga’ telah bertukar menjadi ‘anak aku, anak aku. Anak engkau, anak engkau’. Tidak kurang juga ada dalam kalangan masyarakat yang mengatakan bahawa ‘mati nanti kubur lain-lain’. Sikap seperti ini sebenarnya adalah barah yang perlu dirawat secepat mungkin bagi mengelak daripada berlakunya masalah seperti masalah integriti, penyatuan, kancah politik dan gejala sosial yang kebanyakannya sudah berleluasa kini.


guru ibarat lilin yang sanggup membakar dirinya untu menerangi orang lain

Masyarakat khususnya perlu sedar, bukan golongan guru sahaja yang perlu dipersalahkan atas tugas sebagai pendidik, tetapi sebenarnya seluruh pihak juga perlu bertanggungjawab atas semua permasalahan yang timbul. Mereka semua perlu bersatu dalam mencari mekanisme untuk menyelesaikan masalah tersebut sehinggalah selesai kesemuanya. ‘Pendidik sepenuh masa’ bukanlah didukung oleh golongan guru sahaja, malah sebenarnya didukung oleh semua pihak. Ingatlah wahai semua, ‘sebuah rumah tidak akan dapat berdiri dengan hanya satu tiang yang menyokongnya’.

daripada,

SEUNGGAS
Labels: | edit post
2 Responses
  1. Anonymous Says:

    Lebih menyedihkan lagi ramai pelajar-pelajar skrg yang baru satu sem masuk U dah lupa jasa guru yang telah membimbing mereka hingga berjaya. Apa komen penulis?


  2. Anonymous Says:

    Sy ada sorang kwn. Masa nak mohon U dulu online pn tumpang kat umah cikgu dia. Bila dh dpt masuk U sombong giler x ingat langsung kat cg dia tu. Berkatkah ilmu yang dituntutnya di U????


Related Posts with Thumbnails

BICARA UMMAH

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

IKLAN