KASIH DIPAUT


I made this widget at MyFlashFetish.com.

AL-QURAN

AS-SUNNAH

ZIKRULLAH

Zikrullah
"PAKU YANG LEKAT DI HATI"
ASSALAMUALAIKUM

Sedang asyik mencari maklumat tentang keagamaan untuk dijadikan bacaan dan panduan, kehadiran sebuah kisah pendek ini telah menarik perhatianku. Sungguh menyentuh hati yang sedang mencari ketenangan dan perubahan dalam diri ini ke arah jalan keredhaan-Nya.
Bersama-samalah kita merenung dan menghayati kisah pendek ini bersama-sama...




“Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita,” nasihat seorang ibu kepada anaknya.

“Saya tahu itu salah, ibu. Tapi, saya akan cepat minta maaf. Itu satu kelebihan juga, bu?” Kilas si anak.

“Tetapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang, anakku,” kata ibu itu lagi.

“Saya rasa tidak, saya tidak kejam. Selepas minta maaf, segala-galanya langsai, bu.” Si ibu berfikir. Apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat buruk ini?

“Kalau begitu, kamu ikut cadangan ibu ini. Moga kamu akan fahami maksud ibu nanti.” Tanpa membantah anak itu setuju.

“Begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini. Kemudian, setelah kamu meminta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!”

“Baik, ibu.” Beberapa bulan berlalu, mereka sama-sama menghadap dinding tersebut. “Lihat ibu, mana ada paku yang tinggal?” Ujar si anak dengan bangga.

“Semuanya telah dicabut. Memang ramai orang yang saya sakiti hati mereka, tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya meminta maaf.”

“Betul kamu sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan, tapi sedarkah kamu…?”

“Maksud ibu?”

“Cuba kamu tengok dinding ini. Semuanya sudah tebuk, calar dan ‘berkematu’. Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti. Walaupun kamu sudah dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada parutnya, anakku…”

Si anak merenung dinding yang tebuk-tebuk itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalnya. Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti?

Pengajaran: Meminta maaf adalah perbuatan terpuji. Tetapi berusaha agar kita tidak terpaksa meminta maaf (maksudnya menghindarkan diri daripada menyakiti hati orang lain) jauh lebih terpuji. Ya, luka di hati itu lebih sukar diubati daripada luka di tangan.

*Artikel asal daripada : majalah solusi-isu 8 dari "angguk geleng"

"BERBUAT BAIKLAH KAMU KEPADA MANUSIA YANG MENYAKITI HATIMU, INSYA-ALLAH HATI MEREKA AKAN TERBUKA UNTUK BERBAIK DENGANMU..."

SEUNGGAS
Labels: | edit post
5 Responses
  1. Anonymous Says:

    CERITA YANG MENARIK UNTUK DIKONGSI...


  2. This comment has been removed by the author.

  3. Anonymous Says:

    BERI BANYAK PENGAJARAN KEPADA ANDA


  4. NUR DAIE Says:

    jadikanlah kisah ini sebagai motivasi kepada diri kita...ingatlah kalau kita tak mahu hati kte diperlakukan sebegini janganlah kita menyakiti hati orang lain, lebih2 lagi orang yang paling rapat dan kita sayang...


  5. Anonymous Says:

    Cuba "lari" daripada berjumpa atau meminta maaf kepada orang yang telah kita sakiti hatinya akan menjadikan paku yang tertusuk itu semakin dalam. Renung-renungkan.....


Related Posts with Thumbnails

BICARA UMMAH

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

IKLAN