KASIH DIPAUT


I made this widget at MyFlashFetish.com.

AL-QURAN

AS-SUNNAH

ZIKRULLAH

Zikrullah
KAHWIN MUDA : RELEVAN @TIDAK

Bismillahirrahmanirrahim…

Sidang hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Harum semerbak limau kasturi, seindah pemandangan wajah sang puteri, bukan kerana ingin mencari calon isteri, tetapi untuk membawa anda semua untuk kita sama-sama memahami, menyelami, mendalami sebaris ayat yang berbunyi, “Kahwin Muda : Relevan Atau Tidak”.

Sekalung perpaduan saya hulurkan kepada Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, Yang Arif Lagi bijaksana Barisan Hakim Yang Arif dan berpaksikan keadilan semestinya, Saudara Penjaga Masa Yang setia dengan randiknya, tuan-tuan dan puan-puan, hadirin dan hadirat, seterusnya mahasiswa-mahasiswi sekalian yang ceria wajahnya.

Assalamualaikum w.b.t

Bicara perdana saya pada pagi ini adalah berpaksikan situasi sosial masa kini iaitu kahwin muda. Persoalan yang bermain-main di ruang legar pemikiran kita, adakah releven atau pun tidak?

Hadirin,

Menurut ahli antropologi, secara literal dan konseptualnya, perkahwinan merujuk kepada penyatuan ekonomi dan seksual antara lelaki dan perempuan yang diiktiraf oleh sesebuah masyarakat. Perkahwinan sebenarnya hanyalah bertujuan untuk mendapatkan zuriat, memenuhi keperluan, mengelakkan persaingan, dan sebagainya. Oleh sebab itulah, kita sebagai manusia sememangnya berkeinginan untuk berkahwin.

Walau bagaimanapun hadirin sekalian,

Berkahwin seawal usia muda sebenarnya lebih banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan. Namun hal ini langsung tidak disedari oleh segenap lapisan masyarakat kerana rata-rata pemikiran mereka sudah disempitkan oleh kekaburan alasan yang perkahwinan tersebut hanya untuk mengelakkan maksiat semata-mata. Tidakkah mereka berfikir bahawa alasan rapuh tersebut tidak akan menjamin kebahagian rumah tangga mereka kelak?

Sidang dewan yang mulia,

Kematangan setiap pasangan yang berkahwin sangat penting dalam membina sesebuah rumah tangga yang kukuh tiang dan pasaknya. Namun, apabila berkahwin pada usia muda, dapatkah kematangan itu dicapai? Golongan muda pada masa kini kebanyakannya tidak mempunyai persediaan dari segi mental dan fizikal untuk berkahwin. Mereka hanya ingin berhibur, berhibur,dan berhibur semata-mata.

Hadirin,

Mereka yang ingin berkahwin muda ini sebenarnya terpengaruh dengan kisah-kisah yang disiarkan di kaca televisyen. ‘Dunia Baru’ contohnya, memaparkan kehidupan remaja yang berkahwin ketika sedang melanjutkan pelajaran di IPT. Walaupun pengakhiran cerita tersebut adalah baik, tetapi di dunia realiti, tidak seindah khabar dari rupa. Lihat sahajalah, berapa banyak pasangan yang bercerai kerana tidak sehaluan dengan benda yang remeh-temeh? Sangat sukar diterima akal jika mereka bercerai hanya kerana cemburu. Sangat sukar diterima akal apabila mereka bercerai hanya kerana tidak mahu menukar lampin anak. Di manakah kematangan mereka? Tepuk dada, tanya iman.

Sidang dewan yang setia,

Dari segi ekonomi sesebuah rumah tangga yang didirikan pula perlu cukup dan kukuh. Sebagai suami, ini penting dalam memastikan kecukupan keperluan anak dan isteri. Jika, berkahwin seawal usia muda, dapatkah kecukupan ekonomi itu dicapai? Cuba kita sama-sama bayangkan, makanan, pakaian, tempat tinggal, tabungan, dan banyak lagi perlu mereka penuhi. Apakah mereka mampu? Jarang sekali kita melihat golongan muda pada masa kini sudah bekerja tetap dan bersedia untuk menanggung anak orang lain. Tambahan pula, ramai golongan muda kini hanya menjadi penganggur terhormat.

Hadirin yang setia mendengar,

Mereka belum cukup bersedia untuk menempuhi alam perkahwinan dengan hanya sedikit ilmu agama. Atas inisiatif pihak tertentu, kini telah di wujudkan ‘kursus perkahwinan’ yang wajib diikuti oleh bakal pengantin. Persoalan yang timbul, mengapakah tujuan program tersebut diwajibkan? Adakah hanya sekadar memenuhi syarat perkahwinan di Malaysia sahaja? Nah lihatlah sendiri bahawa ilmu agama perlu kukuh dan kuat sebelum melayari bahtera rumah tangga.

Hadirin yang dihormati,

Marilah kita sama-sama memikirkan tentang masa depan hidup ini yang semakin hari semakin kompleks. Banyak rintangan dan cabaran yang harus kita tempuhi. Tidak kurang juga peluang yang terhidang untuk kita sama-sama tangkap supaya hidup kita lebih bermakna. Dan ingatlah, setiap pelakuan itu tidaklah harus dilakukan secara terburu-buru, tetapi lakukanlah dengan cara berhemat dan tenang untuk mendapat keputusan yang terbaik.

Akhir kata dari saya,

Perkahwinan ibarat sebuah sangkar,

Burung diluar beria-ia hendak masuk kedalam,

Tetapi burung di dalam beria-ia hendak keluar.

Sekian terima kasih….

Labels: | edit post
1 Response
  1. XalinX Says:
    This comment has been removed by the author.

Related Posts with Thumbnails

BICARA UMMAH

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

IKLAN