KASIH DIPAUT


I made this widget at MyFlashFetish.com.

AL-QURAN

AS-SUNNAH

ZIKRULLAH

Zikrullah
BAHAGIA YANG SEBENTAR


sehingga semalam aku masih terkenangkan persoalan yang masih membayangi otak yang kian sempit ku ini. setiap saat, setiap masa, aku terpejam dengan himpitan masalah yang sekian lama melemaskan aku. aku tak terdaya sebenarnya. namun, disebabkan perasaan aku yang kian mendalam terhadapnya, aku teruskan dengan sisa-sisa ketabahan dan kesabaran yang masih ada dalam hati ku ini. aku sangat menyayanginya. tapi entah mengapa aku perlakukannya seperti itu dulu. seperti aku langsung tidak menghargainya. aku terfikirkan pula tentang dosa yang telah banyak aku lakukan. aku sungguh berdosa pada-MU Tuhan. aku berdosa pada setiap makhluk yang berdampingan dengan ku. namun aku tetap redha, walaupun hati ini gundah, tetapi aku tetap meneruskan hidup aku dengan penuh kesabaran.

jam sudah menunjukkan tepat jam 5 petang. waktu itu aku bingkas bangun dengan tergesa-gesa. tiket perjalananku yang terselit di dalam dompet kecil di dalam laci meja terus aku capai. 8.30 malam! baju di dalam mesin tidak lagi aku jemur, solat juga belum aku tunaikan. ah, kenapa aku boleh terlajak lena sehingga waktu seperti ini. bukankah tidur selepas waktu asar tidak elok dilakukan? aku juga belum membersihkan diri. aku takut lewat ke terminal. namun aku tetap dengan hati yang tenang. aku lakukan satu persatu dengan cermat dan teratur supaya sempurna segalanya.

dalam masa yang sama, aku masih menanti si'dia' menghubungi aku. tapi masih tiada jua. mugkin si'dia' masih memarahi aku kerana aku berlaku 'curang' terhadapnya. aku tidak pasti itu tuduhan fitnah semata-mata atau pun tidak, kerana aku tidak berada ditempatnya. mungkin aku akan lebih memahaminya apabila berjaya menyelami dan mendalami perasaannya ketika itu. aku terus mencapai telefon bimbit dan terus menekan beberapa kekunci memanggil namanya. ah, rindunya aku padanya. namun aku lebih rindukan kasih sayang-NYA. hanya Dia sahajalah yang memberikan aku kebahagiaan dan peluang dalam membaiki diri yang serba kotor dan hina ini. pelajaran juga tidakku lupa. tanpa ilmu dan pelajaran, pasti manusia itu lemas terhanyut dalam arus benua duniawi yang penuh dengan cabaran dan permasalahan yang kian bertimpa kini.

selesai sudah menyiapkan diri, aku terus berangkat ke pondok yang sentiasa dipenuhi manusia yang berkeinginan untuk menuju ke destinasi masing-masing. kenderaan utama pelajar universiti ketika itu belum menunjukkan tanda-tanda untuk bergerak, namun kenderaan yang sama dari arah yang berbeza telah tiba lalu aku terus menaikinya tanpa menoleh kebelakang. dengan beg yang berat, aku duduk dengan tenang. riang sungguh hatiku kerana ingin balik ke kampung halaman yang aku sangat rindui. mak, abah, adik-adik, kakak-kakak, aku sangat rindukan gelak tawa bersama-sama dengan kamu semua!

aku mula menyeluk saku seluarku mencapai sesuatu. aku cepat-cepat lihat pada skrin. terdapatlah gambar yang menggembirakan hatiku walaupun ia tak seindah khabar dari rupa. aku gembira kerana 'dia' masih sudi menghubungiku. aku terus membalas dengan kata-kata yang manis supaya aku tidak mengguriskan hatinya yang kian tercalar. walaupun 'dia' sangat membenciku, namun aku sentiasa menyedari bahawa, manusia tidak akan mempercayai seseorang yang banyak kali menyakiti dan mengecewakan hatinya selagi tidak terbukti seseorang itu telah berubah. aku hanya redha pada Ilahi. itulah balasan 'tunai' yang aku terima mungkin.

'dia' bertanyakan tentang khabarku di sini. walaupun hairan tertapi aku bersyukur. 'dia' masih sudi menjawab dan mengambil tahu tentang diriku. lantas, aku menjawab pertanyaannya bahawa aku di sini sihat belaka. namun, pada hakikatnya aku sakit. aku menghidap sejenis penyakit yang sebenarnya boleh mendatangkan kemudaratan. namun tiada siapa yang tahu hal ini. doktor sendiri telah membuat pengesanan namun tidak berjaya juga. apakah penyakitku sebenarnya? hanya Tuhan yang tahu. hasrat ku hanya satu ketika itu, aku tidak mahu si'dia' tahu tentang keuzuranku itu. aku mahu buat 'dia' sentiasa gembira bila di sampingku. itu sudah cukup buat aku gembira dan bahagia walaupun sebentar.

sehingga ke terminal, aku masih berbalas-balas mesej dengannya. tetapi, pada waktu itu aku tidak sengaja mengatakan sesuatu kepadanya. aku telah mengatakan bahawa, dia selalu melakukan perkara yang aku tidak sukai. walaupun aku tahu, dia tidak melakukannya, namun aku mahu mengujinya sahaja. adakah dia masih menyayangi ku? dia sungguh marah dengan ucapanku itu. sungguh tidakku duga. ku sangka panas sehingga petang, rupanya hujan ditengah hari. dia kembali marah padaku. berulangkali aku memohon maaf padanya, namun tidak satu pun diterimanya. jelas kini, dia memang menyayangi ku jua.

aku terpana, adakah aku terlalu mengikut emosi dalam berbicara dengannya?aku tidak mengerti ketika itu. aku kebingungan. namun, aku bersyukur. walaupun sebentar, namun ia sudah cukup membahagiakan aku dengan menguntum senyuman manis dengan tiba-tiba.

Maharaja Nan Serupa
Labels: | edit post
0 Responses
Related Posts with Thumbnails

BICARA UMMAH

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

IKLAN